Monday, February 7, 2011

Persaraan Puan Hjh. Che Zarah bt Mat Saman




Pada 7 Februari 2011 satu lagi majlis telah diadakan di semenza iaitu Majlis Persaraan PK HEM kami,Puan Hjh Che Zarah. Majlis penuh bermakna ini diadakan di Laman Info semenza. Majlis bermula tepat jam 12.30 tengah hari. Yang dirai telah diiringi oleh guru-guru dan pengawas sehingga ke Laman Info. Ketua murid, wakil guru, bonda pengetua, dan Mantan PKHEM sendiri telah berucap pada majlis ini. Tidak dilupakan, ucapan yang diberikan banyak diselitkan dengan pantun-pantun, kisah-kisah yang menarik.

Majlis ini juga telah disempurnakan dengan persembahan sajak yang meruntun hati seluruh penghuni semenza . Persaraan beliau amat dirasai oleh kami semua. Penyampaian hadiah juga diadakan untuk menghargai jasa beliau yang telah berkhidmat di semenza selama 31 tahun dengan setianya. Sebagai balasan, mantan PKHEM turut memberikan hadiah kepada pelajar semenza.

Walaupun majlis pada hari itu terganggu akibat masalah teknikal, namun segalanya berjalan lancar dan berakhir tepat pada masanya. Hanya Allah dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada pelajar Semenza. Semoga Mantan PKHEM tidak akan melupakan kami, warga Semenza