Sunday, January 30, 2011

Congratulations girls!



Congrats to our baby girls! 


RAZLIQAH BT RAGHAZLI 
Kolej Tunku Kurshiah
- Biro Kawalan dan Keselamatan



SITI NUR ADIBAH
Mrsm Pengkalan Chepa
- Biro Kehadiran lewat dan ponteng



WAN NABIHAH BT WAN ZAIDI
Sek Men Sains Kuala Berang
- Biro Siaraya dan Perhimpunan

Tahniah kerana terpilih untuk kemasukan ke SBP/MRSM sesi 2011. Penghargaan atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang menjadi ahli keluarga Badan Pemimpin Pelajar Semenza. Semoga berjaya di sana, seterusnya dapat memberikan khidmat yang tidak berbelah bagi di sekolah baharu.

Best regards,
Badan Pemimpin Pelajar Semenza '11



Tahniah kepada pengawas percubaan yang terpilih untuk semester 1/11



Berikut adalah senarai pengawas percubaan yang terpilih untuk semester 1/11

1. Wan Norhalisha bt Wan Shukri
2. Zarbaim bt Zakaria
3. Nur Fitriati Azhani bt Fauzi
4. Tg Nabilah Diyana bt Tg M. Amran
5. Thuriya Darshani a/p Devandran
6. Nabiha Irmani bt M Sabri
7. Hazirah Syahirah bt Hanafi
8. Nor Amalina bt Nordin
9. Siti Nur Farzana bt Mohammad
10.  Nur Shahirah bt Ismail
11. Nur Alina bt Shaiful
12. Nur Sheeda bt Inche Kamarudin
13. Munirah bt Khalid
14. Amira Ili Diana bt Ariffin
15. Norul Fathem Shahida bt Sanusi
16. Nik Nur Zulaikha bt Nik Nazman
17. Noor Farrah Afiqah bt Mohd Hazani
18. Nurliyana Afiqah bt Kasmat Aldi
19. Nur Akmal bt Mohd Bakri
20. Nik Nur Athira bt Mat Zaidan
21. Nur Syifaa Afiekha Tamlikha
22. Tg Syihan Amalin bt Tg Azam

Tahniah kepada yang telah terpilih. Semoga anda dapat memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada Badan Pemimpin Pelajar Semenza '11. Kepada yang tidak terpilih, terima kasih atas kerjasama anda menjayakan sesi temuduga bersama Ketua Murid dan Exco-Exco Pengawas.

Selamat Berjaya.


Sunday, January 23, 2011

Gotong-royong sekolah



Hari gotong-royong telah diadakan pada 22 Januari 2011 iaitu pada hari sabtu, hari sekolah berganti sempena Tahun Baru Cina. Kesempatan ini digunakan oleh semua pelajar untuk menghias kelas masing-masing, termasuklah para pengawas. Para pengawas berkumpul pada jam 9 pagi untuk membantu menghias bilik pengawas untuk sesi 2011. Gotong-royong ini diketuai oleh Ketua Murid, Siti Nursyadini, dibantu oleh Ketua Exco Kebudayaan dan ahli Biro kebudayaan yang lain. Pengawas daripada biro yang berlainan juga turut sama membantu menghias bilik pengawas.

Aktiviti gotong-royong untuk menghias bilik pengawas ini selesai kira-kira jam 1 tengah hari. Ketua murid, Siti Nursyadini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini dan semoga bilik pengawas dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengawas dan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif setiap kali perjumpaan diadakan.







 



CLICK HERE TO VIEW MORE PHOTOS

Friday, January 21, 2011

Afiliasi Pemimpin Pelajar sesi 2011



Majlis Afiliasi Pemimpin Pelajar sesi 2011 telah berlangsung di Laman Info, Sekolah Menengah Zainab 1 pada 13 Januari 2011. Majlis Afiliasi ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas kantin, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua-ketua tingkatan dan Pengawas SPBT. Para pemimpin pelajar yang dirai dan pelajar berkumpul di Laman Info tepat jam 7.30 pagi. Ketibaan Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan disambut dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah, diiringi Bonda pengetua, Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob dan PK Hem. 

Bacaan doa terlebih dahulu dibacakan bagi memberkati majlis tersebut. Bonda pengetua terlebih dahulu memberikan ucapan aluan seterusnya ucapan perasmian oleh Penolong Pengarah Pelajaran Negeri. Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan kepada semua pemimpin pelajar. Selepas penyampaian watikah, Ketua Murid memberikan ucapan mewakili semua pemimpin pelajar yang telah dilantik. Majlis berakhir tepat jam 9.30 pagi. Sesi pengambaran telah diadakan untuk semua pemimpin pelajar dan badan pengawas. 

Ketua murid, Siti Nursyadini dan Nur Sabiha telah ditemuramah oleh wartawan Utusan Malaysia selepas sesi pengambaran. Semoga pemimpin pelajar yang telah dilantik dapat bekerjasama membantu guru menjaga disiplin dan hal ehwal sekolah bagi menghasilkan persekitaran sekolah yang kondusif.






















Ketua Murid sesi 2011 mewakili sekolah ke Jepun




Ketua Murid Semenza sesi 2011, menjadi wakil sekolah apabila mewakili sekolah ke Jepun bersama-sama wakil sekolah lain dari seluruh Malaysia. Siti Nursyadini bertolak ke Jepun pada 15 November 2010 hingga 23 November 2010. Banyak pengalaman yang telah ditimba ketika berada di sana yang pastinya dapat dipraktikkan dalam memimpin pelajar Semenza sesi 2011. Lembaga pengawas dan seluruh warga Semenza mengucapkan tahniah atas perwakilan beliau ke Jepun!