Hari gotong-royong telah diadakan pada 22 Januari 2011 iaitu pada hari sabtu, hari sekolah berganti sempena Tahun Baru Cina. Kesempatan ini digunakan oleh semua pelajar untuk menghias kelas masing-masing, termasuklah para pengawas. Para pengawas berkumpul pada jam 9 pagi untuk membantu menghias bilik pengawas untuk sesi 2011. Gotong-royong ini diketuai oleh Ketua Murid, Siti Nursyadini, dibantu oleh Ketua Exco Kebudayaan dan ahli Biro kebudayaan yang lain. Pengawas daripada biro yang berlainan juga turut sama membantu menghias bilik pengawas.
Aktiviti gotong-royong untuk menghias bilik pengawas ini selesai kira-kira jam 1 tengah hari. Ketua murid, Siti Nursyadini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini dan semoga bilik pengawas dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengawas dan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif setiap kali perjumpaan diadakan.
CLICK HERE TO VIEW MORE PHOTOS






