Majlis Afiliasi Pemimpin Pelajar sesi 2011 telah berlangsung di Laman Info, Sekolah Menengah Zainab 1 pada 13 Januari 2011. Majlis Afiliasi ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas kantin, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua-ketua tingkatan dan Pengawas SPBT. Para pemimpin pelajar yang dirai dan pelajar berkumpul di Laman Info tepat jam 7.30 pagi. Ketibaan Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan disambut dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah, diiringi Bonda pengetua, Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob dan PK Hem.
Bacaan doa terlebih dahulu dibacakan bagi memberkati majlis tersebut. Bonda pengetua terlebih dahulu memberikan ucapan aluan seterusnya ucapan perasmian oleh Penolong Pengarah Pelajaran Negeri. Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan kepada semua pemimpin pelajar. Selepas penyampaian watikah, Ketua Murid memberikan ucapan mewakili semua pemimpin pelajar yang telah dilantik. Majlis berakhir tepat jam 9.30 pagi. Sesi pengambaran telah diadakan untuk semua pemimpin pelajar dan badan pengawas.
Ketua murid, Siti Nursyadini dan Nur Sabiha telah ditemuramah oleh wartawan Utusan Malaysia selepas sesi pengambaran. Semoga pemimpin pelajar yang telah dilantik dapat bekerjasama membantu guru menjaga disiplin dan hal ehwal sekolah bagi menghasilkan persekitaran sekolah yang kondusif.























