Kem Kepimpinan Pengawas Siri 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 31 Disember 2010 hingga 1 Januari 2011. Kem ini melibatkan 51 pengawas terpilih untuk sesi 2010/2011 yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 hingga 6 Atas. Kem ini telah diadakan di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1.
Pendaftaran dilakukan seawal jam 8 Pagi, 31 Disember 2010 dan diteruskan dengan taklimat oleh Ketua Murid sesi 2010, Nur Zafirah. Berbagai permainan telah diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara Pengawas. 6 kumpulan telah dibahagikan mengikut Biro masing-masing. Ceramah pertama adalah tentang Komunikasi Berkesan oleh Kaunselor Maktab Sultan Ismail, Puan Noraizza. Tahun 2010 diakhiri dengan ceramah Muhasabah diri pada sebelah malam oleh Kaunselor SMK To' Uban, Encik Maliki.
Keesokan paginya, tahun baru 2011 disambut dengan solat subuh secara berjemaah memohon keredhaan dan memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Riadah pagi diriuhkan dengan senamrobik dan tarian 1Malaysia. Hari terakhir Kem disudahi dengan Ceramah Masalah Akhlak Remaja dan tips untuk menangani masalah pelajar di sekolah Oleh Ketua Unit PPDa Kelantan, Encik Salim. Majlis Penutup dijayakan oleh Guru Setiausaha Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1, Puan Zanidah Deraman.