Pada tanggal 6 Januari 2011, satu majlis persaraan seorang guru telah diadakan di SMK Zainab 1.Ini merupakan majlis persaraan pertama di sekolah kami iaitu majlis persaraan Ustazah Halimah bt Ibrahim. Beliau telah berkhidmat di SEMENZA selama 25 tahun. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya.
Majlis ini bermula pada jam 12.00 tengah hari. Ustazah telah diiringi dengan paluan kompang dan bunga manggar . Bagi memberkati majlis tersebut bacaan doa diketuai oleh En Nasharuddin sebagai pembuka acara.Ucapan dimulakan oleh wakil murid iaitu Siti Nur Syadini bt Sani Effendi dan diikuti dengan wakil guru dan staf iaitu Wan Huzaimi b.Wan Ahmad. Dalam ucapan bonda pengetua,beliau meminta agar murid murid menyanyikan lagu 'Happy Birthday' khas untuk ustazah. Acara seterusnya persembahan mendeklamasikan sajak yang penuh penghayatan oleh Nawwar dan Saraf. Ustazah juga telah menyampaikan ucapan beliau yang terakhir sebagai tenaga pengajar di SEMENZA.
Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah kepada yang dirai sebagai tanda penghargaan atas jasa beliau yang tak terhingga. Setelah semua acara selesai, sesi bergambar bersama ustazah sebagai kenangan terakhir bersama beliau. Semua guru dan staf sekolah mengiringi beliau sehingga ke perkarangan rumahnya.