Sunday, June 5, 2011

Tahniah kepada Nik Nur Athira


Pada 21 Mei yang lalu, SMK Zainab 1 telah menghantar seramai 8 orang pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan National Spell-It-Right Challenge Kelantan state yang telah diadakan di KB Mall. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai 174 peserta daripada seluruh negeri Kelantan telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan bermula pada jam 10 pagi. Berikut adalah senarai pelajar yang terlibat:

  • Nadiha binti Raub
  • Ainaa Mazelin binti Mustafa
  • Nik Nur Athira binti Nik Zaidan
  • Nur Amelia binti Ruzainul Abidin
  • Nik Nur Izzati
  • Najian binti Nasir
  • Aina Akmal
  • Iylia Athifah

Dua orang pelajar SMK Zainab 1 telah terpilih untuk ke peringkat akhir National Spell-It-Right Challenge Kelantan state. Alhamdulillah Nik Nur Athira binti Nik Zaidan telah berjaya memenangi tempat pertama dalam National Spell-It-Right Challenge Kelantan state yang turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, trofi dan sijil. Nik Nur Athira akan mewakili Kelantan ke National Spell-It-Right Challenge National State di Kuala Lumpur pada bulan Julai 2011.



Kemenangan ini turut dikongsi oleh Nur Amelia binti Ruzainul Abidin yang memenangi tempat keempat yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500, trofi dan sijil.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan semoga Nik Nur Athira dapat membawa pulang satu lagi kejayaan untuk sekolah.