Sunday, June 5, 2011

Majlis Persaraan dan Perpisahan tiga guru Semenza



Majlis Persaraan dan Perpisahan pula mengambil tempat. Majlis bermula dengan ucapan daripada Ketua Murid yang mewakili semua pelajar Semenza, seterusnya ucapan oleh Bonda Pengetua. Selepas itu, giliran Encik Nik Mansor memberikan ucapan di atas persaraan beliau, dan seterusnya ucapan daripada Encik Wan Azmanan dan Puan Wan Rabiaah yang telah dinaikkan pangkat untuk menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan dan juga Penolong Kanan di SMK Ismail Petra. Puan Wan Fatimah turut memberikan ucapan mewakili semua guru yang menggantikan Encik Wan Huzaimi yang telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada ketiga-tiga guru yang dirai. Majlis berakhir pada jam 1 tengahari.



















Tahniah kepada Nik Nur Athira


Pada 21 Mei yang lalu, SMK Zainab 1 telah menghantar seramai 8 orang pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan National Spell-It-Right Challenge Kelantan state yang telah diadakan di KB Mall. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai 174 peserta daripada seluruh negeri Kelantan telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan bermula pada jam 10 pagi. Berikut adalah senarai pelajar yang terlibat:

  • Nadiha binti Raub
  • Ainaa Mazelin binti Mustafa
  • Nik Nur Athira binti Nik Zaidan
  • Nur Amelia binti Ruzainul Abidin
  • Nik Nur Izzati
  • Najian binti Nasir
  • Aina Akmal
  • Iylia Athifah

Dua orang pelajar SMK Zainab 1 telah terpilih untuk ke peringkat akhir National Spell-It-Right Challenge Kelantan state. Alhamdulillah Nik Nur Athira binti Nik Zaidan telah berjaya memenangi tempat pertama dalam National Spell-It-Right Challenge Kelantan state yang turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, trofi dan sijil. Nik Nur Athira akan mewakili Kelantan ke National Spell-It-Right Challenge National State di Kuala Lumpur pada bulan Julai 2011.



Kemenangan ini turut dikongsi oleh Nur Amelia binti Ruzainul Abidin yang memenangi tempat keempat yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500, trofi dan sijil.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan semoga Nik Nur Athira dapat membawa pulang satu lagi kejayaan untuk sekolah.



Sambutan Hari Guru 2011 peringkat Sekolah



Pada 26 Mei 2011 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1 telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat Sekolah dengan jayanya. Persiapan untuk majlis sambutan Hari Guru ini telah menggabungkan tenaga daripada Pelajar Tingkatan 6 Atas dan juga Badan Pemimpin Pelajar sendiri. Pada awalnya, sambutan Hari Guru telah dijadualkan pada minggu pertama penggal kedua 2011 untuk memberi laluan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan. Namun, tarikh ini dipercepatkan sempena dengan Majlis Persaraan dan Perpisahan Encik Wan Azmanan, Puan Wan Rabiaah dan Encik Nik Mansor. Persiapan untuk sambutan ini telah dilakukan dalam tempoh 3 hari. Namun, dengan semangat kekitaan dan persepakatan dalam Badan Pemimpin Pelajar dan juga Pelajar Tingkatan 6, majlis ini dapat diadakan dalam tempoh yang ditetapkan.







Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk acara guru seperti acara memotong bawang, tarik duit, kupas epal, sandwich berhias, teh tarik dan sebagainya. Acara ini bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir pada pukul 9 pagi. Pelajar-pelajar turut hadir untuk memberikan sokongan kepada guru-guru mereka. Upacara perasmian sambutan Hari Guru ini diadakan pada jam 10 pagi yang telah disempurnakan oleh Bonda Pengetua sendiri, iaitu Puan Hjh Wan Jah binti Wan Yaakob. Guru-guru turut bersama-sama menyanyikan lagu rasmi guru dan juga lagu tema Hari Guru 2011, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Selepas itu, acara ikrar Hari Guru yang telah diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Zamari Abdul Wahab. Acara seterusnya adalah upacara memotong kek yang ditaja oleh Bonda Pengetua sendiri dan juga sebiji kek lagi daripada guru-guru pelatih daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Upacara perasmian tidak tamat disitu sahaja apabila, Ketua Murid melakukan gimik sebelum memberikan kad hari guru 2011 kepada Bonda Pengetua.











Persembahan pentas dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada Nazirah Zainudin, Zubatrisyia Zulkifli selaku pemain gitar, dan Nadiha Raub selaku pemain violin. Selepas itu, persembahan sajak yang menerapkan unsur 1 Malaysia dengan menampilkan tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Majlis dimeriahkan lagi dengan sketsa hari Guru daripada Ain Azali, Aliah Zulkifli dan Auni Azman yang telah menyentuh hati guru-guru sehingga ada yang menitiskan air mata. Ketua Murid, Siti Nursyadini telah membuat kejutan dengan menyanyikan lagu tanpa iringan musik sambil membawa sejambak bunga sebagai hadiah kepada Bonda Pengetua tercinta. Acara seterusnya adalah acara penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah memenangi acara pada sebelah pagi dan juga hadiah hari guru.





Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah berakhir pada jam 11.30 pagi.

Disini, Badan Pemimpin Pelajar Semenza ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2011 kepada semua guru di Malaysia. "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


Thursday, March 10, 2011

Majlis persaraan Encik Ng Yoke Hua

Tanggal 8 Mac 2011 menyaksikan seorang lagi guru yang telah lama berkhidmat di SMK Zainab 1 akan meninggalkan bumi Semenza dan melangkah ke alam persaraan. Mr Ng Yoke Hua atau lebih dikenali sebagai Sir Ng mengajar matapelajaran fizik selam 32 tahun di Semenza. Jasa dan pengorbanan beliau yang selama ini melahirkan begitu ramai pelajar cemerlang dalam subjek Fizik tidak ternilai harganya

Majlis dimulakan dengan paluan kompang mengiringi Mr Ng dan barisan pentadbir memasuki Laman Info. Ucapan pembukaan oleh Ketua Pelajar Semenza, Siti Nursyadini bt Sani Effendi. Kemudian, ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Pengetua dan seterusnya yang dirai, Mr Ng Yoke Hua.

Kemudian, diadakan pula sesi persembahan mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Melayu dan diterjemahkan dalam Bahasa Mandarin diiringi petikan gitar dan keyboard oleh pelajar aliran musik. Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada Mr Ng Yoke Hua daripada seluruh warga Semenza. Mr Ng Yoke Hua turut menyumbang wang sejumlah RM2000.00 kepada Tabung Kebajikan Pelajar Semenza

Majlis tamat tepat jam 1.15 tengah hari. Mr Ng Yoke Hua turut menaja buffet Tarbush untuk para guru. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan Mr Ng Yoke Hua tidak ternilai dan tidak mungkin ditukar ganti. Selamat bersara dan semoga sentiasa gembira disamping keluarga tercinta daripada seluruh warga Semenza


















Monday, February 7, 2011

Persaraan Puan Hjh. Che Zarah bt Mat Saman




Pada 7 Februari 2011 satu lagi majlis telah diadakan di semenza iaitu Majlis Persaraan PK HEM kami,Puan Hjh Che Zarah. Majlis penuh bermakna ini diadakan di Laman Info semenza. Majlis bermula tepat jam 12.30 tengah hari. Yang dirai telah diiringi oleh guru-guru dan pengawas sehingga ke Laman Info. Ketua murid, wakil guru, bonda pengetua, dan Mantan PKHEM sendiri telah berucap pada majlis ini. Tidak dilupakan, ucapan yang diberikan banyak diselitkan dengan pantun-pantun, kisah-kisah yang menarik.

Majlis ini juga telah disempurnakan dengan persembahan sajak yang meruntun hati seluruh penghuni semenza . Persaraan beliau amat dirasai oleh kami semua. Penyampaian hadiah juga diadakan untuk menghargai jasa beliau yang telah berkhidmat di semenza selama 31 tahun dengan setianya. Sebagai balasan, mantan PKHEM turut memberikan hadiah kepada pelajar semenza.

Walaupun majlis pada hari itu terganggu akibat masalah teknikal, namun segalanya berjalan lancar dan berakhir tepat pada masanya. Hanya Allah dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada pelajar Semenza. Semoga Mantan PKHEM tidak akan melupakan kami, warga Semenza